Arnab (Rabbit) merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp.Arnab ialah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia (lagomorph) . makanan utama arnab adalah tumbuh - tumbuhan. memakan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat bahan makanan aranab dapatlah dikelaskan kepada lima kumpulan. Pertama ialah foraj seperti mil dedaun, rumput dan hampas tebu. Kedua ialah konsentrat seperti jagung, kacang soya dan dedak, seterusnya bahan yang mengandungi mineral seperti kapur dan garam, bahan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A,B,E,Kdan C manakala ditambah dengan makanan tambahan iaitu antibiotik dan enzim.perbezaan dengan tikus, arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.arnab berdarah panas, cepat membiak dengan melahirkan anak.
Arnab menjaga dan menyusukan anak.telinga arnab yang panjang sebagai penyisih haba, dan juga untuk mengesan musuh arnab menggunakan deria pendengaran yang kuat.arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat untuk melarikan diri dari pemangsa. Arnab boleh di dapati di kawasan tundra ,suhu sederhana ,tropika dan gurun. Selain itu juga, memakan daging arnab mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Menurut kajian yang telah ditemui mengatakan apabila bahagian kepala arnab dimasak dan dimakan dapat mengubati demam malaria. Manakala memakan daging yang dibakar ia akan dapat melawaskan kencing, ia juga dapat mengubati retak batu pada kemaluan dan dapat mengempiskan perut yang gendut.Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab” . Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.Bila anak arnab meningkat dewasa, mereka akan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran.Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”. Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.
Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.
FAKTA LAIN TENTANG ARNAB
Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam
FAKTA LAIN TENTANG ARNAB
Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam
No comments:
Post a Comment